Ahad, 2009 Disember 06

Ali Yakubov. BerSatu-Padulah!!!, Wahai SeKalian Umat Muhammad SAW.

KELAHIRAN ALI YAKUBOV. BerSatu-Padulah!!!, Wahai SeKalian Umat Muhammad SAW.



Beberapa hari lepas ada akhbar tempatan menyiarkan berita mengenai tulisan Al-Quran yang terbentuk pada kulit seorang bayi, Ali Yakubov yang berusia 9 tahun 2 kali seminggu.



Majlis mufti Rusia telah sebulat suara menyatakan ayat suci al-quran yang timbul pada kulit Ali Yakubov ini merupakan amaran dari Allah SWT kepada semua umat islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: “ALLAH ialah Pencipta segala yang ada.”.
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

Disini saya sertakan beberapa gambar beserta dengan ayat suci al-quran yang berpadanan dengan ayat yang muncul di kulit Ali. Ini bermakna tulisan yang muncul itu memang benar ayat suci al-quran dan bukanlah ayat kosong.


(Click To Enlarge)


(Click To Enlarge)

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.

Boleh tengok juga video berkenaan dengan isu ini di youtube tapi semuanya dalam bahasa Rusia.

Info Diperolehi Dari.

Sabtu, 2009 Disember 05

Bantuan Sumbangan Derma Rumah Titian Kasih (RTK). TOLONG SEBARKAN.

Salam Permuafakatan.


Rumah Titian Kasih (RTK) yang merupakan satu-satunya Rumah Perlindungan Saudara-Saudari (SeAgama ISLAM) kita di Kuala Lumpur sedang berusaha untuk membeli Rumah Perlindungan Sendiri melalui penjualan lot wakaf.

1 lot berharga RM1000.00, sekiranya ada Sahabat dan Kawan-Kawan yang ingin membantu menghulurkan sumbangan, boleh berhubung dengan saya, Sharifah Adlan [012-3398689]. Rumah ini menempatkan kira-kira 114 orang yang terdiri daripada Anak-Anak Yatim, Anak Fakir Miskin, Golongan OKU, Warga Emas (Orang-Orang Tua) yang uzur dan Ibu-Ibu Tunggal yang teraniaya. Harap dapatlah pihak Saudara-Saudari membantu mereka kerana tarikh akhir untuk mengosongkan premis yang mereka duduki sekarang pada 31-12-2009.

Alamat RTK: No 62A, Lorong Maran Off Jalan Kuantan, Kuala Lumpur (berhadapaan Tasik Titiwangsa).
Pengetua: Puan Sharifah Adlan (012-3398689)



Salam Persaudaraan.

Khamis, 2009 Disember 03

Correct Timing To Drink Water.

Correct Timing To Drink WATER (Not BEER Or COFFEE).



Correct Timing To Take (Drink) Water, Will Maximize it's Effectiveness To Human Body.


(Click To Enlarge.)

TWO (2) Glasses Of Water - After Waking Up - Helps Activate Internal Organs.

ONE (1) Glass Of Water - 30 Minutes Before Meal - Help Digestion.

ONE (1) Glass Of Water - Before Taking A Bath - Helps To Lower The Blood Pressure.

ONE (1) Glass Of Water - Before Sleep - To Avoid Stroke or/and Heart Attack.

Rabu, 2009 November 25

Doa Ayat Penawar Api.

Doa Ayat Penawar Api.

Bacaan Inti dari Surah Al-Anbiyaa' (21), Ayat 69.



Mafhum:
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."

Ayat ini adalah merupakan Doa Amalan untuk mengelakkan Mudharat & Kecelakaan api. Dalam erti kata lain, Kebal Api, yakni bahaya & kepanasan api tiada lut sekiranya mengenai pada tubuh kita, Insya'ALLAH. Beramallah dengan Ayat ini.

Jumaat, 2009 November 20

Petua Amalan Untuk Menjauhkan Kenderaan Dari Mengalami Kemalangan.

Petua Amalan Untuk Menjauhkan Kenderaan Dari Mengalami Kemalangan.

Untuk mengelakkan kenderaan daripada berlanggar atau mengalami kemalangan, lakukanlah kaedah amalan seperti mana berikut:


1. Sediakan Air di dalam satu bekas.

2. Setelah disediakan Air, bacalah Al-Fatihah 3x, Al-Ikhlas 3x, Al-Falaq 3x dan An-Nas 3x. Setiap selesai 3x bacaan ayat Surah yang dinyatakan, hendaklah ditiupkan ke dalam air.

3. Sesudah melakukan perkara yang disebutkan di atas, jiruskan air itu ke atas kereta/kenderaan kita dengan memulakannya dari arah berikut:

a. Mulakan dari bahagian kanan pemandu hingga ke bahagian hadapan.

b. Dari bahagian hadapan ke bahagian kiri.

c. Dari bahagian kiri ke bahagian belakang.

d. Dari bahagian belakang pusing sehingga sampai ke bahagian tempat duduk pemandu kembali.



Apabila kita selesai melakukan petua amalan seperti yang dijelaskan di atas, Insya'ALLAH, kenderaan kita tidak akan mengalami kemalangan yang besar.

Makluman:
Petua Amalan yang diterangkan di atas itu hanya perlu dilakukan 1x sahaja pada awal waktu kita membeli kenderaan kita. Bagi yang sudah memiliki kenderaan, boleh teruskan sahaja melakukan Petua Amalan ini dari sekarang. Cukup sekadar diamalkan 1x sahaja.




(Click To Enlarge)

Ahad, 2009 November 15

Rahsia Kelebihan Dan Keistimewaan Ais Dan Air Sejuk.

Rahsia Kelebihan Dan Keistimewaan Ais Dan Air Sejuk.

Rahsia Di Dalam Ais.




“Zat & Khasiat yang terkandung di dalam Ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana para saintis dan para pakar nutrisi dari makhluk yang bernama manusia mahupun makhluk dari bangsa jin.”


Kebaikan Air Sejuk.



Satu kajian mendedahkan cara paling berkesan untuk menurunkan suhu badan, tekanan atau kelesuan adalah dengan mandi menggunakan Air Sejuk.

Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi Air Sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan juga meningkatkan gula dalam darah.

Sementara bagi mereka yang mengalami masalah imsonia atau memiliki masalah tidur elok merendamkan kaki di dalam Air Sejuk. Malah, kaedah ini baik bagi mereka yang mengalami lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit.

Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan Ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi di bahagian dasar bumi yang panas dan di bahagian permukaan bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau Air Sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan dan galakkan anak kita termasuk diri kita sendiri untuk mengunyah Ais kerana ini akan menguatkan gigi kita dan benarkan dan galakkan anak kita juga diri kita memakan Ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuk kita hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah Ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air Sejuk atau Ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.



Ais dan Air Sejuk adalah terapi yang amat popular dan berkesan serta mujarab sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air Sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wudhu') pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air Sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin dan syaitan atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air Sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi diperkayai dengan unsur-unsur yang bisa membangkitkan keharmonian.

Air Sejuk bagus untuk menguatkan tulang bayi bahkan juga tulang sekalian umat manusia dari semua peringkat usia.

Air Sejuk akan meningkatkan Sistem Imun yang Luar Biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air Sejuk dalam rahsia Ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan (Berlian).

Air Sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sebagai sistem penghantaran tenaga yang paling cekap dan efektif sehingga ke dasar sel yang paling jauh dan dalam secara menyeluruh.

Air Sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi Air Sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air Sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air Sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudhu'.

Air Sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah dengan lebih stabil.

Air Sejuk sesuai dijadikan air penawar (air terapi) kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda yang bersifat sejuk adalah amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan pada waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk atau lebih baik segelas Air Sejuk pada waktu awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Sabtu, 2009 Oktober 31

Postur Duduk Iftirasy Yang Haq.

Postur Duduk Iftirasy Yang Haq.



Sebagai seorang Manusia Muslim, kita sewajarnya menaruh keyakinan dan kepercayaan yang tinggi mengenai nilai suruhan atau larangan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dalam soal ibadah mahupun cara hidup. Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikan duduk Iftirasy dari sudut Kesihatan. Kalau kita melihat gambar rajah Refleksologi, apabila berada dalam posisi Duduk Iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan di bahagian bawah & tengah kaki. Duduk Iftirasy ni memberi 'Tekanan Refleksologi' yang menyeluruh & lengkap. Tetapi bagi Manusia Muslim yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'Tekanan Refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, dll spt dalam gambarajah).



Ini amatlah merugikan. Sebaiknya, kita berusaha sedaya upaya untuk Duduk Iftirasy dalam keadaan posturnya yang haq dengan sempurna. Galakan ini bukan sekadar atau semata-mata atas asbab di sudut Kesihatan yang kita mahukan, tetapi lebih dari itu matlamat kita dalam memperkemaskan lagi nilaian / value Ibadah kita kepada ALLAH, itu yang sepatutnya menjadi keutamaan di samping niat untuk mengikut Sunnah Nabi SAW. Hasilnya nanti amat menguntungkan juga sungguh bermanfaat. Di samping mendapat Pahala menyempurnakan 'Ikmalu Ibadah' dan 'Ikmalu Sunnah', ia juga memberi 'Bonus' kepada kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh melalui 'Indirect Reflexology Movement / Exercise' untuk penjagaan & pemuliharaan pada bahagian-bahagian organ dalaman kita yang extremely important, seperti Otak, Leher, Tekak dll.




Dari Abu Hamid Al-Sa`idi r.a., katanya: "Aku melihat Nabi Muhammad SAW. Apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk Iftirasy)." - Hadis Sahih riwayat Bukhari.

Iktibar Hadis:
1. Disunatkan Duduk Iftirasy pada tahiyyat pertama.
2. Duduk Iftirasy juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk Istirohah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadis).
3. Amalan Duduk Iftirasy adalah Sunnah Rasul SAW dan apabila kita mengamalkannya dan menyampaikannya kepada orang lain untuk turut mengamalkannya akan memperoleh ganjaran pahala dan keberkatan dari ALLAH SWT.
4. Amalan-amalan yang berdasarkan kepada Sunnah Rasul SAW adalah bercahaya lagi dipenuhi dengan Hikmah dan boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH SWT.